Sekolah Kebangsaan Seri
Alam 2 telah mula beroperasi sepenuhnya mulai Januari 2002 dengan mempunyai 318
orang murid, 25 orang guru, dan 2 orang staf sokongan (PT & PAR). Pada mulanya sekolah ini beroperasi dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan
Seri Alam 1, Jalan Tasek. Bangunan sebenar sekolah ini masih belum boleh
diduduki kerana mempunyai beberapa kerja penyelenggaraan yang perlu dijalankan.
Peneraju sekolah ini adalah En.
Ibrahim Bin Ali yang mula bertugas pada bulan Jun 2003. Sebelum ini peneraju
sekolah ini adalah En. Khairul Anuar Bin Mashuri selaku penyelaras.
Pada tanggal 28 Oktober 2002, sekolah
telah berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Jalan Suria, dengan
diserahkan secara rasminya oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 22 Oktober
2002. Pada Tahun 2003 pertambahan murid amat memberangsangkan dengan
pertambahan sebanyak 152 orang menjadikan jumlah 470 orang murid. Manakala guru
juga bertambah menjadi 30 orang.
Kemudahan sekolah dari segi fizikal
adalah amat membanggakan. Terdapat 2 buah makmal komputer, makmal sains dan
bengkel kemahiran hidup. Segala aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan
teratur.
Dari segi pentadbiran, segala operasi
dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.
Kerjasama dari semua penduduk sekitar adalah amat baik kerana banyak program
yang dijalankan secara bergotong-royong antara pihak sekolah. Harapan sekolah adalah
untuk cemerlang dalam apa jua bidang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.